Isnin, 28 Jun 2010

Bid'ah dalam bulan Rajab

Soalan:
Apakah hukumnya mengadakan solat dan puasa khusus pada malam dan siang 27 Rajab?

Jawapan;
Dalam Bulan Rajab, bulan yang mulia kerana pada bulan ini difardhukan solat lima waktu sehari semalam. Pada bulan ini, dilakukan oleh orang beberapa amalan yang disangka ibadat iaitu:
1.Mengadakan perayaan israk dan mikraj.
2.Mengadakan solat khas pada malam Jumaat pertama bulan Rajab yang dinamakan solat ar-Raghaib.
3.Puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab.
4.Solat Khas pada malam 27 Rajab.
5.Puasa Khas pada siang 27 Rajab.


Amalan-amalan tersebut tidak ada dasarnya dalam agama baik dari al-Quran atau al-Sunnah yang thabit dari Rasulullah SAW dan tidak diamalkan oleh para sahabat dan ulama salaf, maka oleh itu, ia termasuk dalam perbuatan bid'ah.

Tentang solat khas malam Jumaat minggu pertama Rajab, dan puasa khas pada hari Isnin, hujahnya ialah daripada maksud hadis:

"Tiada seorang pun yang berpuasa hari Khamis awal bulan Rajab kemudian ia bersolat sebanyak 12 rakaat antara Isyak dan waktu 1/3 awal malam, ia memisahkan antara dua rakaat dengan satu salam, membaca al-Fatihah pada setiap rakaat sekali dan Inna An zal na sebanyak 3 kali dan Qu huwallahu Ahad sebanyak 12 kali, demi Allah yang diriku di dalam tangannya tiada seorang pun yang mengerjakan solat ini melainkan Allah mengampunkan semua dosanya walaupun banyaknya seperti buih di lautan dan seperti bilangan pasir dan seperti timbangan gunung dan seperti dedaun pokok dan ia akan memberi syafaat pada hari qiamat terhadap 700 ahli rumahnya yang telah diwajibkan masuk neraka."

Menurut ahli hadith, hadith ini adalah maudhu' ciptaan tukang tulang bidaah atau orang kafir. Ini dijelaskan oleh Imam Nawawi melalui bukunya al-Majmu', berkata al-Nawawi:
" Solat yang dikenali al-Raghaib iaitu 12 rakaat di antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertana bulan Sajab dan Solat Nisfu Sya'ban sebanyak 100 rakaat, kedua-da solat itu adalah bid'ah yang mungkar maka janganlah hendaknya seseorang etrpedaya kerana ia disebut dalam kitab Qutubul Qulub dan Ihya'Ulumuddin dan janganlah terpedaya dengan hadis-hadis yang disebutkan di dalam 2 buah kitab itu kerana semuanya adalah batil belaka. (al-majmuk halaman 49).

Menurut al-Imam Ibnu Tamiyah:
" Solat ini tidak dikerjakan oleh Rasulullah SAW dan tidak pula dikerjakan oleh seorang pun daripada sahabat baginda. orang-orang tabi'in dan ima- imam kaum muslimin dan nabi Muhammad SAW tidak menggalakkannya dan tidak seorang pun ulama-ulama salaf dan imam-imam menggalakknanya dan mereka tidak pernah menyebutkan adanya keutamaan-keutamaan khusus bagi malam in. Hadith-hadith yang diriwayatkan tentangnya dari Rasululah SAW adalah dusta dan maudhu' belaka dengan sepakat ahli ilmu, maka oleh kerana itu, ahli-ahli tahqiq mengatakan bahawa solat tersebut adalah makruh, bukan sunat. (Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyah 1, halaman 149).

Pada malam 27 Rajab, sebahagian orang melakukan solat khas berdasarkan maksud hadis:
"Barangsiapa yang bersolat pada malam ini, 12 rakaat, membaca al-Fatihah pada setiap rakaat atau satu surah dari al-Quran ia membaca tasyahud pada setiap 2 rakaat dan memberi salam kemudian membaca Subhanaaalhi walhamdulillah wala ila ha illallahu wa llahu akbar, sebanyak 100 kali dan berselawat ke tas nabi 100 kali, kemudian ia berdoa untuk dirinya,dengan apa sahaja yang dikehendakinya dari urusan dunia dan akhirat , pada paginya ia berpuasa, maka sesungguhnya Allah mengabulkan doanya semuanya kecuali berdoa pada perjara maksiat.

Hadis ini ialah hadis mungkar.

Telah berkata al-Hafiz Ibnu hajar:
" Tidak ada hadis sahih yang dpat dijadikan hujjah tentang keutamaan bulan Rajab tentang puasanya tentang hari khusus untuk berpuasa dan tidak ada malam khusus untuk bersolat khas pada malamnya.

Sebagai kesimpulan , solat dan puasa pada malam 27 Rajab dan siangnya adalah satu amalan bid'ah.
Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan