ÉOó¡Î0 «!$#
Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#
|
FIQH MUAMALAT
-ANTARA TALFIQ DAN TA’SIL -
Pendahuluan
Islam sebagai
“Ad-Deen” yang turunkan oleh Allah S.W.T adalah satu-satunya agama yang
merangkumi segenap aspek kehidupan insan baik duniawi dan ukhrawi. Kedua-duanya
ditekankan oleh Islam dengan menjadikan seluruh kehidupan manusia sebagai
ibadat kepadaNya:
$tBur àMø)n=yz
£`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ)
Èbr߉ç7÷èu‹Ï9
ÇÎÏÈ
((Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu))[51:56].
Keluasan
ilmu Islam (dari konteks ilmu yang berkaitan secara langsung dengan amalan dan
ibadat manusia) ini boleh dicerakinkan kepada 3 cabang ilmu: Akidah (Iman),
Syariat @ Fiqh (Islam) dan Akhlak (Ihsan). Fiqh Muamalat, merupakan pecahan
daripada ilmu fiqh yang merangkumi: ibadat, muamalat, kekeluargaan (ahwal
syakhsiah), jenayah dan pentadbiran negara. Namun penghayatan masyarakat
terhadap kepentingan fiqh muamalat, jenayah dan pentadbiran negara kurang
dititikberatkan semenjak kejatuhan sistem khilafah.
Kesan
daripada masalah ekonomi yang melanda dunia pada hari ini telah membuka mata
banyak pihak hatta dunia barat terhadap kepentingan untuk kembali kepada sistem
ekonomi dan kewangan Islam. Ini menjadi titik perubahan “turning
point” kepada hala tuju perkembangan ilmu ekonomi semasa. Pelbagai usaha
dijalankan untuk mengislamisasikan sistem kewangan yang ada dengan berpandukan prinsip
ilmu-ilmu Islam. Ilmu usul fiqh, qawaid fiqhiah dan maqasid memainkan peranan
yang penting dalam mengeluaran hukum-hukum yang selari dengan arus kemajuan dan
perkembanagn dunia.
Penulis dalam
tulisan ringkas ini, cuba
untuk merungkai perbincangan tentang pertembungan antara keterbukaan dan
keterikatan dalam hukum-hukum yang berkaitan fiqh muamalat. Penekanan akan
diberi kepada masalah usul yang berkaitan ta’sil fiqhi dan talfiq
yang masih belum difahami oleh sebahagian penuntut ilmu agama dan menjadi
perdebatan hangat antara ilmuan Islam.
Segala yang
baik datangnya daripada Allah S.W.T, dan segala kekurangan datangnya daripada
kelemahan diri penulis. Semoga usaha baik ini diikhlaskan niatnya oleh Allah
dan dibalas dengan ganjaran pahala di sisiNya.
Pengertian
Untuk
memahami tajuk perbincangan ini, istilah di bawah perlulah difahami terlebih
dahulu:
1. Erti Fiqh Muamalat
2. Erti Ta’sil
3. Erti Talfiq
Kalimah
“Fiqh” berasal daripada kalimah Bahasa Arab yang membawa maksud: kefahaman.
Dari segi istilah pula, kalimah ini bermaksud: Ilmu berkaitan hukum-hukum amali
syariat, yang dikeluarkan daripada dalil-dalilnya yang “tafsil”[1].
Muamalat pada
pengertian umum bermaksud segala hukum yang mengatur hubungan manusia di muka
bumi, dan secara khusus merujuk kepada urusan yang berkaitan dengan harta. Maka
istilah Fiqh Muamalat secara khusus merujuk kepada: Ilmu berkaitan hukum-hukum
syariat yang mengatur urusan manusia berkaitan harta[2].
“Ta’sil”
ialah kata terbitan daripada kalimah (أصل) yang bermaksud asal dan
punca. Dalam penggunaan ilmu fiqh, ta’sil membawa maksud: Proses menyandarkan
hukum kepada sumber dan dalilnya.
“Talfiq”
pada bahasa Arab bermaksud himpun dan cantum. Manakala pada istilah pula
membawa erti: Menghimpunkan pandangan mazhab-mazhab yang berbeza pada satu
masalah, sehinggakan terhasil amalan yang tidak diakui oleh mana mujtahid[3]. Ini adalah takrif yang lebih spesifik dan
khusus, berbanding takrif lain yang tidak membezakan antara talfiq dan tatabu’
rukhas, iaitu mencari pendapat-pendapat yg ringan untuk diamalkan.
Daripada
pengertian komponen tajuk di atas, dapat difahami bahawa tajuk “Fiqh Muamalat,
antara Ta’sil dan Talfiq” berkisar tentang masalah hukum dan
pengamalan yang berkaitan muamalat, sejauh mana dibenarkan pencampuran
pendapat-pendapat mazhab yang berbeza dalam sesuatu hukum, adakah percampuran
ini dikira sebagai talfiq walaupun bersandarkan kepada dalil? Inilah
persoalan yang cuba
diperbahaskan dalam tulisan ini.
Justeru itu,
penulis akan membahagikan perbincangan ini kepada beberapa tajuk:
1. Talfiq dan hukumnya
2. Ta’sil dalam fiqh muamalat
TALFIQ & HUKUMNYA[4]
Masalah
talfiq adalah salah satu tajuk yang dibincangkan dalam ilmu usul fiqh. Ia
biasanya dibahaskan di bawah tajuk “Ijtihad dan Taqlid”. Namun banyak berlaku
kekeliruan di kalangan penuntut ilmu Islam pada memahami hakikat istilah ini.
Ini kerana terdapat beberapa istilah lain yang disalahtafsirkan atau disamakan dengan
talfiq. Oleh itu, perlu bagi penulis membezakan antara beberapa istilah yang
berkaitan.
Talfiq: Menghimpunkan pandangan mazhab-mazhab yang berbeza pada satu masalah,
sehinggakan terhasil amalan yang tidak diakui oleh mana-mana mujtahid.
Taqlid: Mengambil sesuatu pendapat tanpa mengetahui dalilnya.
* Jelas di
sini bahawa taqlid lebih umum daripada talfiq.
Berpindah
mazhab: lebih umum daripada talfiq. Ini kerana
mengambil pendapat mazhab-mazhab yang berbeza kadang berlaku pada masalah yang
berbeza atau pada masalah yang sama yang tidak membawa kepada talfiq. Perkara
ini boleh juga dikira talfiq jika berlaku pada satu masalah sehinggakan tidak
diakui kesahihannya oleh mana-mana mazhab.
Tatabu’
Rukhas (mengambil pendapat-pendapat yang ringan):
lebih umum daripada talfiq, kerana tatabu’ rukhas kadang-kadang tidak
membawa kepada talfiq. Dan bukan semua talfiq bermaksud untuk tatabu’ rukhas,
kerana kadang-kadang berhajat kepada keringanan kerana darurat atau hajat.
Taisir (keringanan): Keringanan “taisir” adalah salah satu daripada
maqasid syariah. Seseorang berhajat kepada keringanan apabila berlaku kesempitan
dan masyaqqah (kesukaran) untuk beramal dengan hukum asal. Maka talfiq
ialah satu cabang daripada taisir yang bertujuan untuk memenuhi hajat
dan menolak darurat yang berlaku. Namun kemudahan dalam agama perlu mengikut
syarat-syarat dan etika-etikanya. Bukan semua perkara boleh dikatakan darurat
atau hajat.
Talfiq boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada perspektif masalah
talfiq ini dibincangkan:
1. Tujuan
a. Talfiq yang bertujuan untuk menolak
darurat dan kerana hajat, atau dengan tujuan tatabu’ rukhas.
b. Talfiq yang berlaku dengan
sendiri tanpa tujuan tertentu. Seperti orang awam yang bertanya kepada mufti
yang berbeza dalam satu masalah.
2. Sumber
a. Talfiq yang berdasarkan taqlid. Kebiasaannya berlaku di kalangan orang awam.
b. Talfiq
yang bersandarkan ijtihad. Kebiasaan berlaku di kalangan mereka yang mampu
berijtihad dan mengeluarkan hukum daripada sumbernya.
c. Talfiq yang berlaku disebabkan
proses perangkaan undang-undang dan akta. Apabila kerajaan ingin mengaktakan
sesuatu undang-undang, kadang-kadang mereka mengambil daripada mazhab-mazhab
yang berbeza sehingga berlaku talfiq.
3. Rupa
masalah yang terhasil
a. Masalah yang terdiri daripada dua
hukum
- pada satu masalah: Seseorang
berwudhu’, lalu menyentuh perempuan ajnabi kerana bertaqlid kepada mazhab
Hanafi. Kemudian berbekam kerana berpegang kepada mazhab Syafie. Maka
berhimpunlah dua hukum pada satu masalah iaitu taharah, menjadikan rupa ibadat yang tidak diakui sah oleh
kedua-dua mazhab tersebut.
- pada dua masalah:
Seseorang berwuduk dan menyapu sebahagian kepala kerana bertaqlid mazhab
Syafie. Kemudian sembahyang menghadap arah “jihah”
qiblat mengikut mazhab Hanafi. Maka berhimpun dua hukum pada dua masalah iaitu
taharah dan qiblat. Namun ia berhimpun pada hukum solat sehinggakan rupa ibadat
itu tidak diakui oleh mazhab tersebut.
4. Waktu
berlaku niat talfiq
a. Niat bertalfiq sebelum melakukan
perbuatan.
b. Berlaku niat talfiq selepas
berlaku perbuatan.
Hukum
Talfiq
Perbahasan
tentang talfiq dalam ilmu fiqh belum dikenali pada zaman salafussoleh. Perkara
ini timbul kesan daripada perpecahan ilmu fiqh kepada mazhab-mazhab yang
berbeza. Ini dapat dilihat dalam karangan-karangan ulamak terkemudian daripada
pelbagai mazhab. Pada masalah ini, terdapat 3 pendapat di kalangan ulamak[6]:
Pendapat
Pertama: Haram talfiq secara mutlak.
Ini adalah
pendapat kebanyakan ulamak mazhab, dan pendapat yang disokong oleh Abdul Ghani
Nabulsi, As-Safarini (wafat 1189H), Alawi As-Shanqithi (wafat 1230H),
Al-Muthi’ei, dan Muhammad Amin
As-Shanqithi (wafat 1393H).
Pendapat
Kedua: Harus talfiq secara mutlak.
Pendapat ini
dinaqalkan oleh Ad-Dusuqi dari ulamak-ulamak Maghribi yang bermazhab
Maliki, dan beliau mentarjihkan pendapat ini.
Pendapat
Ketiga: Harus talfiq dengan bersyarat.
Antara
syarat-syarat yang diletakkan ialah:
1. Tidak berniatkan “tatabu’ rukhas” dengan
sengaja.
2. Tidak membawa kepada melanggar ijma’.
3. Hendaklah berlaku talfiq pada selain perbuatan yang
diamalkan secara taqlid.
4. Harus dengan syarat terdapat darurat yang berhajat
kepada talfiq.
Beliau telah
membincangkan masalah talfiq dengan terperinci dalam kitab beliau Umdatu
At-Tahqiq. Beliau menyatakan bahawa masalah ini hanya berlaku kepada pengikut mazhab
(muqallid) dan orang awam. Mujtahid muthlak, mujtahid masalah, ahli
tarjih dan takhrij tidak berlaku talfiq dalam hukum kerana mereka berijtihad
menggunakan dalil. Beliau seterusnya membahagikan
hukum talfiq kepada talfiq yang diharamkan dan yang dibenarkan dengan
bersyarat.
Talfiq yang
diharamkan:
1. Tatabu’ rukhas dengan sengaja tanpa darurat dan keuzuran.
2. Talfiq yang membawa kepada menyalahi hukum qadhi
dan hakim.
3. Talfiq yang membawa kepada meninggalkan hukum perbuatan
yang diamalkan secara taqlid.
Perkara
ibadat yang diketahui kewajipannya oleh seluruh umat Islam (المعلوم من الدين بالضرورة), ibadat hati dan akhlak tidak terdapat talfiq padanya, kerana masalah
talfiq hanya berkisar pada cabang-cabang fiqh yang berlaku khilaf ulamak
tentang hukumnya. Ia boleh dibahagikan kepada:
- Ibadat jasmani
Ia dibina di atas dasar kemudahan dan tasamuh (kemaafan).
$tBur
Ÿ@yèy_ ö/ä3ø‹n=tæ
’Îû
ÈûïÏd‰9$#
ô`ÏB 8ltym
4
((Dan ia tidak menjadikan kamu
menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama)) [22:78]
Seeloknya bagi seorang muslim ialah mengeluarkan dirinya daripada khilaf
dengan mengikut perbuatan sunnah yang diakui oleh seluruh mazhab, selagi mana
ianya tidak membawa kepada kesulitan dan masyaqqah. Jika dirinya tidak
mampu, boleh baginya bertalfiq dalam masalah darurat atau memenuhi hajat
syarie.
- Ibadat harta
Ia dibina di atas dasar tasydid (memberatkan) dan ihtiyath
(berhati-hati). Maka hendaklah dijaga kemaslahatan empunya hak, dan tidak dibenarkan
talfiq yang boleh menghilangkan hak orang lain.
- Perkara-perkara haram
Ia berasaskan dasar kewara’kan dan berhati-hati. Justeru itu, tidak
dibenarkan talfiq kecuali ketika keadaan darurat dan terpaksa.
- Kekeluargaan
(perkahwinan dan perceraian)
Hukum yang dikeluarkan dalam masalah kekeluargaan perlu selari dengan
maqasid syariah dalam menjaga maslahat suami isteri dan kebahagiaan rumah
tangga, sekalipun membawa kepada talfiq pada sesetengah keadaan. Namun begitu,
haram menjadikan talfiq sebagai jalan untuk bermain-main dengan hukum pada bab
nikah dan talak.
- Muamalat, jenayah dan
pentadbirah negara
Perkara tersebut melibatkan kesinambungan hidup masyarakat secara
keseluruhannya. Sesuatu hukum yang dikeluarkan dalam masalah ini perlu melihat
kepada keperluan dan maslahat umat secara menyeluruh. Maka hendaklah
dirujuk kepada usul syariat dan kaedah-kaedah umum dalam syariat, atau pendapat
pelbagai mazhab yang berbeza berdasarkan kaedah ilmu dan tarjih, bagi mengambil
hukum yang membawa maslahat kepada umat dan kebahagian hidup mereka,
walaupun membawa kepada talfiq.
Ulamak
yang cenderung kepada pendapat haram berdalilkan kepada dalil-dalil berikut:
- Jika diharuskan talfiq,
nescaya akan membawa kepada rosaknya syariat Islam dan menghalalkan
perkara yang diharamkan. Seperti seorang yang ingin berzina, boleh
bertaklid pendapat Abi Hanifah pada harusnya wanita menikahkan dirinya
tanpa wali, lalu bertaklid pendapat Imam Malik pada harus bernikah tanpa
saksi. Perbuatan seperti ini haram dengan sepakat para ulamak.
- Berdasarkan kaedah
usul: setiap perkara yang membawa kepada haram, ia juga dihukumkan haram.
Ia adalah salah satu daripada cabang saddu zari’ah (menutup pintu
yang membawa kepada haram).
- Tidak pernah
diriwayatkan daripada salafussoleh bahawa mereka melakukan talfiq. Yang
ada hanyalah mereka bertanyakan sebahagian sahabat Nabi pada satu masalah,
dan pada masalah lain bertanyakan kepada sahabat yang berbeza. Perbuatan
ini tidak dinamakan talfiq kerana berlaku pada masalah yang berbeza.
- Talfiq adalah cabang
masalah “mengeluarkan pendapat baru daripada pendapat yang telah wujud”.
Ini dinamakan dalam ilmu usul fiqh sebagai “إحداث قول ثالث”. Apabila ulamak sesuatu
zaman telah sepakat pada sesuatu masalah dan mereka khilaf kepada 2
pendapat, tidak boleh bagi mujtahid yang datang selepas itu untuk mencipta
pendapat ketiga.
Bagi
ulamak yang cenderung kepada keharusan talfiq pula, mereka berdasarkan
dalil-dalil di bawah:
1. Mengharamkan talfiq akan menyebabkan kesulitan dan
kesukaran kepada umat, khususnya kepada orang awam. Pendapat ini akan membawa
kepada tidak sah ibadat yang mereka lakukan. Apatah lagi ulamak mengatakan
bahawa: mazhab orang awam ialah mazhab mufti. Tentu sekali akan berlaku talfiq
dalam amalan mereka.
2. Tiada dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah mahupun
perkataan sahabat yang menyatakan pengharaman talfiq. Mereka memberi fatwa
kepada sesiapa yang bertanya tanpa menghalang mereka daripada mengikut pendapat
sahabat lain atau melarang talfiq dalam masalah tersebut.
3. Talfiq ialah satu cabang daripada taklid.
Sebagaimana diharuskan taklid, begitu juga diharuskan talfiq. Jika perkara yang
umum diharuskan, sudah tentu perkara yang khusus hukumnya harus.
4. Pengharaman talfiq bertentangan dengan kefahaman
bahawa semua imam mujtahid berada di atas hidayat dan landasan syariat. Ia juga
menafikan prinsip: khilaf yang berlaku membawa rahmat kepada umat.
Setiap
dalil di atas samada yang menyokong talfiq atau menolaknya, masih boleh
dibincangkan dan dipertikaikan. Namun pendapat yang lebih hampir dengan ruh
syariat ialah pendapat Al-Bani yang membezakan hukum talfiq berdasarkan
pelbagai perspektif yang berbeza. Pendapat ini disokong oleh Prof Dr. Wahbah
Az-Zuhaily, dan beliau telah menyimpulkan perbincangan tentang hukum talfiq
dengan katanya: Talfiq yang dibenarkan ialah ketika hajat atau darurat, bukan
dengan sia-sia atau tatabu’ rukhas dengan sengaja tanpa ada maslahat
syarie. Perkara ini terhad kepada sebahagian hukum ibadat dan muamalat yang ijtihadi,
tidak pada hukum yang qathie (tetap)[9].
TA’SIL DALAM FIQH MUAMALAT
Ijtihad
& Pembahagiannya
Syariat Islam
bersifat ma’sum (terpelihara) daripada segala kekurangan kerana ianya
datang daripada Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Ia
berbeza dengan ijtihad ulamak pada nas-nas syariat kerana manusia tidak sunyi
daripada melakukan kesalahan. Namun begitu mereka juga diberi pahala di atas usaha
gigih dalam memahami nas dan mengeluarkan hukum untuk diamalkan oleh masyarkat.
Ini berdasarkan kepada hadis Nabi S.A.W:
إذا حكم الحاكم فاجتهد فأصاب فله أجران، وإذا حكم فاجتهد فأخطأ فله أجرٌ.
((Apabila
berhukum oleh seorang hakim, lalu berijtihad dan betul pada ijtihadnya baginya
2 pahala. Dan jika dia berhukum, lalu berijtihad dan tersalah pada ijtihadnya
baginya satu pahala)) [riwayat Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah].
Perlu diingat
bahawa lafaz “hakim” yang digunakan oleh baginda Rasulullah S.A.W merujuk
kepada mereka yang mempunyai kemampuan untuk ijtihad (أهلية الاجتهاد), bukannya sekadar dakwaan semata-mata. Bahkan perlu baginya
memenuhi syarat-syarat yang diletakkan ulamak untuk menggelarkan dirinya
mujtahid. Antaranya:
- Islam
- Taklif
- Adil
- Fiqh Nafs
- Ilmu berkaitan Al-Quran
- Ilmu berkaitan As-Sunnah
- Ilmu berkaitan Bahasa
Arab
- Ilmu berkaitan Usul Fiqh
- Ilmu berkaitan Maqasid
Syariah
- Pengetahuan tentang ijma’
dan Qawaid Kulliyah bagi fiqh Islam
- Pengetahuan tentang
suasana dan keadaan masyarakat zaman tersebut[10].
Syarat-syarat
di atas perlu dipenuhi oleh seorang yang bergelar sebagai mujtahid mutlak.
Memandangkan pada zaman mutakhir ini wujud kesukaran untuk memenuhi keseluruhan
syarat tersebut, terdapat pandangan yang menggolongkan mujtahid kepada beberapa
peringkat[11]:
- Mujtahid Mustaqil
- Mujtahid Muthlak ghair
Mustaqil (Abu Yusuf, Muhammad,
Zufar, Ibn Qasim, Asyhab, Al-Buwaithy, Al-Muzani)
- Mujtahid Takhrij (Hasan ibn Ziyad, Al-Karkhi, At-Thohawi,
Al-Abhuri, Ibn Abi Zaid, AS-Syeirazi, Al-Marwazi)
- Mujtahid Tarjih
- Mujtahid Fatwa
Begitu
juga ulamak membincangkan tentang tajazzu’ ijtihad, iaitu ijtihad dalam
sebahagian cabang fiqh sahaja (seperti muamalat) dan tidak pada cabang-cabang yang
lain. Dengan pembahagian ini, dapat disimpulkan bahawa mereka yang ingin
berijtihad atau mengeluarkan fatwa dalam bidang fiqh muamalat perlu
sekurang-kurangnya memenuhi syarat tersebut pada nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis
yang berkaitan dengan muamalat. Tanpa mengabaikan ilmu usul fiqh, qawaid fiqhiyah
dan maqasid, kerana ilmu tersebut adalah instrument (alat) yang penting dalam
memahami nas dan mengeluarkan hukum.
Adab berta’amul (berinteraksi) dengan nas
Perbincangan
tentang ta’sil memerlukan kita untuk memahami kaedah dan adab berinteraksi
dengan nas-nas Al-Quran, Hadis, perkataan sahabat, dan ijtihad fuqaha’.
Keghairahan seseorang mengeluarkan hukum tanpa mengikuti disiplin ilmu yang
betul akan membawa kepada natijah yang tidak selari dengan ruh syariat.
Perkara
paling penting yang memastikan hukum yang dikeluarkan bertepatan dengan
kehendak syarak ialah fiqh waqi’ah (memahami masalah yang berlaku) dan fiqh
waqi’ (memahami suasana). Kerana itulah ulamak menekankan kepentingan
menggambarkan masalah yang berlaku dengan tepat (تصوير المسألة) dan menentukan hakikat masalah baru yang berlaku dengan
merujuk kepada asal masalah fiqh yang sama (التكييف الفقهي)[12].
Bagi
memahami masalah yang berlaku seseorang perlu mengikut manhaj (metodologi) yang
kemas dan tersusun. Antara perkara yang membantu dalam merangka manhaj yang
berkesan[13]:
- Mengumpul segala
maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan beserta keterangan dan huraian
dari segenap aspek masalah.
- Tidak gopoh dalam
mengeluarkan pendapat kerana kecuaian dalam mengeluarkan hukum akan membawa
kepada kesan negatif.
- Mencerakin dan
meleraikan akad-akad yang berhimpun (العقود المركبة) dalam satu masalah kepada unsur-unsurnya
yang asas.
- Melihat kepada adat dan
uruf masyarakat yang hendak ditujukan hukum tersebut.
- Berhubung dengan pakar
dan ahli dalam bidang yang berkaitan, seperti ahli ekonomi, sosial,
perubatan dan politik bagi meminta penerangan daripada mereka dalam
masalah yang berkaitan.
- Meminta penjelasan
daripada pihak yang bertanya, kerana ia dapat menyatakan tujuan dan sebab
yang tersembunyi, serta dapat memahami masalah dengan lebih terperinci.
Kemudian masalah
tersebut perlu dinilai berdasarkan dalil syariat dengan proses yang dinamakan “التأصيل الفقهي” melalui langkah-langkah di bawah:
1. Merujuk kepada nas Quran
2. Merujuk kepada nas hadis
Nas
Al-Quran dan hadis perlu dianalisis berdasarkan kaedah usul. Jika berlaku
pertentangan dalil, ia perlu dirungkai berpandukan metodologi ulamak usul[14]:
Syafieyah:
Jama’, tarjih, nasakh, mengenepikan dalil-dalil tersebut dan merujuk kepada
dalil-dalil lain yang lebih rendah.
Hanafiyah:
Nasakh, tarjih, jama’, mengenepikan dalil-dalil tersebut dan merujuk kepada
dalil-dalil lain yang lebih rendah.
3. Merujuk kepada fatwa sahabat
4. Merujuk kepada fatwa tabien dan karangan ulamak
terdahulu
Fatwa
sahabat, tabien dan ulamak terdahulu tidak setaraf dengan nas Al-Quran dan
As-Sunnah. Kerana itu perkataan mereka hanya dijadikan sebagai sokongan dan
peneguhan kepada dalil (الاستئناس). Justeru
ia perlu disaring dan ditarjihkan melalui:
- Qawaid Fiqhiyah
- Maqasid Syarieyah
- Siasah Syarieyah
- Siasah Iqtisadiyah (Ekonomi)
Imam
Ghazali telah menukilkan perkataan Imam Syafie yang terlebih dahulu meletakkan
asas kepada langkah yang dinyatakan di atas: Apabila berlaku sesuatu masalah
baru bagi mujtahid, hendaklah dibentangkannya kepada nas Al-Quran. Jika tidak
didapati nas daripada Al-Quran, hendaklah dibentangkan kepada hadis mutawatir,
kemudian hadis ahad. Jika tidak didapati nas daripada hadis, hendaklah
melihat kepada zahir Al-Quran, lalu dirujuk kepada dalil-dalil yang
mengkhususkan zahir tersebut daripada qias atau hadis. Jika tidak terdapat
dalil yang mengkhususkan, maka dihukum dengan zahir tersebut. Jika tidak
didapati zahir nas daripada Al-Quran atau hadis, maka dirujuk kepada
mazhab-mazhab ulamak. Jika terdapat pendapat yang disepakati, maka diikut pendapat
tersebut. Jika tidak terdapat persepakatan, maka bolehlah menggunakan qias di
samping mendahulukan kaedah umum daripada kaedah furu’[15].
KESIMPULAN
Tajuk
yang dibincangkan ini sebenarnya memerlukan kepada perbahasan dan huraian yang
lebih. Apatah lagi ia melibatkan beberapa kefahaman terhadap cabang ilmu usul fiqh
yang perlu digabungjalinkan untuk melahirkan natijah yang diharapkan. Namun,
diharapkan dengan sedikit huraian tersebut dapat membangkitkan rasa ingin tahu
dan meletakkan asas kepada kefahaman dalam bidang muamalat secara khusus dan fiqh
secara amnya. Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan:
- Talfiq yang diharamkan ialah
yang berlaku dengan disengajakan tanpa mempunyai hajat atau darurat, dan
dengan tujuan tatabu’ rukhas.
- Hukum talfiq dilonggarkan
dalam permasalahan muamalat kerana ia berkaitan dengan maslahat
umum di samping memelihara maqasid syariah.
- Pihak yang hendak
mengeluarkan hukum dan fatwa hendaklah tergolong dalam kalangan mereka
yang mempunyai keahlian dalam bidang ilmu syariah.
- Setiap hukum yang
dikeluarkan perlu melalui disiplin ilmu yang telah ditetapkan ulamak dalam
ilmu usul fiqh.
- Ilmu usul fiqh, qawaid fiqhiyah
dan maqasid amat penting difahami oleh mereka yang ingin memasuki lapangan
fiqh muamalat.
وصلى الله على سيدنا محمد النبي الأمين، وعلى آله وصحبه غر الميامين،
والحمد لله رب العالمين.
Rujukan
- As-Subki, Abdul
Wahab ibn Ali, Jam’u Jawami’ fi Usul Fiqh, Dar Kutub Ilmiah- Beirut,
cetakan ke-2 (2003).
- Syibir, Muhammad
Uthman, Muamalat Maliah Muasirah fi Fiqh Islami, Dar Nafais- Amman,
cetakan ke-6 (2007).
- As-Sai’edi, Abdullah
ibn Muhammad, Al-Talfiq wa Hukmuhu fil Fiqh Al-Islami, Journal Majma’ Fiqh
Islami, (http://www.world-dialogue.org/MWL/fatwa/FCS2R1.pdf).
- Al-Bani, Muhammad
Said, Umdatu At-Tahqiq fi At-Taklid wa At-Talfiq, Maktab Islami- Dimasyq,
cetakan 1401H.
- Al-U’tiby, Ghazi ibn
Mursyid, At-Talfiq baina Al-Mazahib Al-Fiqhiyah wa A’laqatuhu bi Taisir
Al-Fatwa, Journal Majma’ Fiqh Islami, (http://www.world-dialogue.org/MWL/fatwa/FCS2R2.pdf).
- Az-Zuhaily, Ar-Rukhas
As-Syarieyah- Ahkamuha wa Dhawabituha, Dar Khair, cetakan pertama (1993).
- Abu Zuhrah, Muhammad,
Usul Fiqh, Dar Fikr Arabi- Kaherah, cetakan 1997.
- Hitu, Muhammad
Hasan, Al-Khulasah fi Usul Fiqh, Dar Ad-Dhiya’- Kuwait, cetakan pertama
(2005).
- Az-Zuhaily, Wahbah, Usul
Fiqh Islami, Dar Fikr- Dimasyq, cetakan ke-15 (2007).
- Syibir, Muhammad
Uthman, At-Takyief Al-Fiqhy lil Waqiah Al-Mustajiddah, Dar Qalam- Dimasyq,
cetakan 2004.
- As-Susauh, Abdul
Majid Muhammad, Dhawabit Al-Fatwa fil Qadaya Al-Muasirah, Journal of
Sharia and Islamic Studies, volume 20, issue no. 62.
- As-Syaukani, Muhammad
ibn Ali, Irsyad Al-Fuhul, Dar Salam- Kaherah, cetakan pertama (1998).
Mahadi bin Mohammad,
Penuntut Sarjana Ekonomi dan
Perbankan Islam, Universiti Yarmouk, Jordan.
e-mail: suyuthy84@yahoo.com
25 Safar 1431H / 9 Februari 2010M, Irbid , Jordan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan