Khamis, 9 Disember 2010

Hukum Sembahyang Hadiah atau Solat Hadiah

Soalan

Apakah solat hadiah itu dituntut oleh Islam? Ini kerana apabila ada kematian, lazimnya ada orang yang mengingatkan supaya mengerjakan solat hadiah.  Kalau ada, bagaimanakah caranya?

Jawapan
Sembahyang sunat hadiah  ditulis oleh Haji Abdul Rashid Banjar menerusi  bukunya 'Ini Kitab Perukunan Besar', terbitan percetakan al-Muarif , Pulau Pinang, pada halaman 21:


Suatu Faedah: Diriwayatkan daripada nabi Muhammad (SAW) bahawasanya bersabda Ia:  Tiada juga datang atas mayat yang terlebih keras pada malam yang pertama maka kasihani oleh kamu akan dia dengan sadaqah maka barangsiapa tiada memperoleh ia akan sadaqah maka hendaklah ia sembahyang dua rakaat dibaca tiap-tiap rakaat al-Fatihah sekali dan ayat al-Kursi sekali dan Ahakumuttakathur sekali dan Qul hu Allahu Ahad sepuluh kali. Lafaz niat sembahyang Hadiah bagi mayat , Aku Sembahyang Sunat Hadiah dua rakaat kerana Allah Taala.

Tersebut dalam Hasyah atas Syarah Sittin Masalah Arrimli, bagi Ahmad Almihi Annu’mani, pada m/s 67:


عن كتاب المختاَرِ ومطالع الاَنوار عنِ النَّبِي صَلى اللهُ عليه وسلم
لا يأتى على الميِت اشد من الَيلَة الاولى فَارحموا موتاكم بالصدقةِ
فَمَن لم يجد فليصل ركعتينِ . يقرأ فى كل ركعة منهمَا فاتحة الكتاب
واية الكرسي والهكم التكاثر وقل هُو اللهُ احدُ احْدى عشرة مرة ويقول :
اللهُم انىْ صليتُ هَذه الصلاةَ وتعلمُ مَا ارِيدُ .
اللهُم ابعثْ ثوابها الى قَبر فلاَنِ بنِ فُلاَنَة
فيَبعث اللهُ مِن سَاعته الى قبره الف ملك نور وهَديةٌ
يؤْنِسُوْنهُ فى قبرهِ الى ان ينفخ فى الصور ويعْطِى اللهُ المصليَ بعدد
مَا طلعَتْ عليه الَشمس حسَنَات ويرفعُ اللهُ له اربعين الف درجة
واربعين الف حجة وعمرَة ويبنى اللهُ له الف مدينة
فى الجنة وَيُعْطى ثواب الف شهيد ويكسى الف حلةٍ .

Ertinya: Sabda Nabi s.a.w: Tidaklah datang (cubaan) atas diri mayat yang lebih hebat dari malam pertama. Maka kasihanilah mayat-mayatmu itu dengan sedekah. Maka barangsiapa yang tidak mendapatkannya, hendaklah dilakukannya sembahyang 2 rakaat yang dibacakan pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Alhakumuttakasur, Qulhuallahuahad 11 kali, lalu diucapkannya:

Ya Allah! Sesungguhnya aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan. Ya Allah! Kirimkanlah pahalanya kekubur si Fulan bin Fulanah, nescaya mengirimkanlah Allah Taala pada saat itu juga seribu malaikat, bersama tiap-tiap malaikat itu nur dan hadiah. Berjinak-jinak mereka itu bersamanya di dalam kubur sampai ditiup sangkakala. Dan dikurnia Allah Taala kepada yang melakukan sembahyang ini sebanyak barang yang terkena sinar matahari akan kebajikan dan Allah Taala angkatkan baginya 40 ribu darjat, 40 ribu haji dan umrah dan dibina baginya seribu kota di dalam syurga dan diberi pahala seribu syahid dan dipakaikan seribu persalinan.


Namun begitu, sebenarnya tiada hadis yang mensyariatkan kita sembahyang sunat hadiah. Maksud hadis di atas difahami sebagai solat sumat Mutlaq . Yang ada disyariatkan hanyalah solat jenazah dan solat ghaib sahaja. Menurut Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim, Abu Hurairah ra meriwayatkan:
Bahawa Nabi Muhammad SAW diberitahukan kepadanya tentang seorang lelaki yang meninggal dunia dalam keadaan berhutang maka baginda bertanya : Apakah dia meninggalkan kelebihan wang buat pembayar hutangnya? Jika dikatakan orang bahawa ia ada meninggalkan harta untuk pembayar hutang, maka beliau bersolat kepadanya dan jika tidak baginda bersanda: Bersolatlah kamu atas teman sejawatmu.

Sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan.at Turmuzi, Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak ada satu mayatpun yang disolatkan oleh satu jemaah Muslimin yang ramainya mencpai 100 orang dan semuanya mendoakannya degan tulus ikhlas, kecuali diqabulkan doa mereka terhadapnya.

Tentang Solat ghaib, Menurut Hadis riwayat Jamaah ahli Hadis, Abu Hurairah ra meriwayatkan katanya:
Bahawa Nabi Mihammad SAW mengumumkan mangkatnya an- Najasyi (Raja Habsyah) kepada orang ramai pada hari ia meninggal dunia dan pergi bersama mereka ke Musola (tanah lapang yang jauhnya kira-kira 1000 hasta dari masjid Nabawi di Madinah. Di Musola ini, Rasulullah SAW mengerjakan solat Hari Raya Firrah dan Hari raya Haji) Maka baginda membariskan sahabat-sahabatnya dan disolatinya dengan 4 kali takbir.

 Kesimpulan:
Tiada  hadis yang jelas menyebutkan SOLAT SUNAT HADIAH. Solat jenazah dan Solat Ghaib sahaja yang disyariatkan. Kalau kita nak juga sembahyang  , sembahyang dengan niat solat sunat Mutlaq sahaja dan kemudian minta Allah ampunkan dosa simati. Akhir kalam, ketahulilah bahawa segala amalan kebajikan yang dikaitkan untuk simati adalah sampai pahalanya.

Wallahu a'lam.
Oleh Ibnu Ja'far-November 2010

4 ulasan:

  1. Baik buat dah ada hadis itu.Masa untuk membantu mereka yang kembali ke Rahmatullah. Jangan ikut kaum muda dan wahhabi dllnya.Berzikir dan baca wirid lepas solat pun macam tidak berapa nak buat,apalagi amalan sunat lain seperti berselawat ,membaca Al-Quran. KIta doakan kita dan mereka bersama orang-orang yang sentiasa INGAT kepada ALLAH.

    BalasPadam
  2. Saya baru kehilangan adik lelaki yg tlibat dgn kmalangn jln rye, thunlepas sy khilngn arwh ibu yg mngl akibt knser, sy amat merindui mereka, mcm2 cara sy lakukan untuk melepaskn rndu, sbg seorg kakk dan ank perempuan sulong dlm kluarga sy sgt rapat dgn mereka bdua, sy dh tak mampu bndung perasaan rndu pada mereka,dalam solat,mngaji pon sy mngs kerana rndu.. sy harap apa yg sy lakukn setiap gnjrn smpi kpd mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah solat hadiah ni boleh dilakukan setiap hari selepas waktu magrib dan isya?

      Padam
  3. Niat sunat mutlak semasa doa niatkan pahalanya pada si simati, boleh dilakukan pada setiap Masa kecuali selepas subuh, asar ...

    BalasPadam