Ibadat


Tajuk 1: Konsep Akidah

  1. Akidah yang sempurna lahir daripada kepercayaan dan keyakinan yang kukuh.

i. Apakah maksud akidah ?                               ( 2 markah )


ii. Jelaskan dua perbezaan aqidah yang betul dan aqidah yang salah ? ( 4 markah )

iii. Mengapakah kita dituntut mempelajari Ilmu Aqidah ( 6 markah )


  1. Nyatakan 2 nama lain bagi Ilmu Aqidah ? ( 2 markah )


  1. Huraikan dua kesan baik terhadap pelajar apabila memiliki aqidah yang sahih.
                                                                      ( 4 markah )

  1. Terangkan dua langkah untuk menyekat pengaruh negatif kepada diri anda ?
                                                                     ( 4 markah )

  1. Alam syahadah adalah bukti tentang kewujudan dan kekuasaan Allah.

i. Apakah maksud Alam Syahadah ? ( 2 markah )

ii. Senaraikan tiga tanda kewujudan Allah S.W.T berdasarkan Alam Syahadah.
                                                             ( 6 markah )
.

 6.Nyatakan perbezaan diantara akidah dan syariah . ( 4 markah )

7. Terangkan hubungan diantara akidah dan syariah beserta dengan contoh . ( 4 markah )
    
   














Jawapan :
Akidah ialah kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah S.W.T sifat-sifat kesempurnaanNYA berdasarkan dalil Naqli dan Aqli.




Jawapan :
Ciri-ciri Aqidah yang betul :
1.      Keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah,KeesaanNYA dan KekuasaanNYA.
2.      Menjauhkan diri dari mensyirikkan Allah.
3.      Kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah.
Ciri-ciri aqidah yang salah.
1.      Menafikan keesaan dan kekuasaan Allah.
2.      Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan Al-quran dan As-Sunnah.
3.      Melakukan perbuatan yang mensyirikkan allah.

Jawapan :
1.      Memantapkan keimanan dan keyakinan di dalam hati tentang kewujudan Allah.
2.      Menjaga iman supaya selamat di dunia dan di akhirat.
3.      Mempertahankan aqidah daripada diresapi ajaran yang menyeleweng.
4.      Dapat mengenali ajaran aqidah yang salah seperti Black Metal dan Ayah Pin

Jawapan :
-Ilmu Kalam                 -Ilmu Tauhid
-Ilmu Makrifah             -Ilmu Usuluddin

Jawapan :
-Pelajar terdorong untuk bercakap benar.
-Pelajar akan lebih menyayangi dan mengasihi ibu bapa.
-Pelajar akan lebih bermotivasi untuk mempelajari dan menghayati ajaran Islam.

.
Jawapan :
-         Berdoa pada Allah supaya menetapkan iman.
-         Berusaha menjaga kesucian iman.
-         Melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNYA.
                  Lain-lain jawapan yang munasabah





Jawapan :
           Alam yang dapat dilihat,diperhati dan dikaji oleh pancaindera seperi pokok-pokok                      gunung  ganang,matahari,bulan bintang dan sebagainya   

Jawapan :
Alam yang dapat dilihat,diperhati dan dikaji oleh pancaindera seperi pokok-pokok,gunung ganang,matahari,bulan bintang dan sebagainya


    Jawapan :
                    Akidah : Kepercayaan di dalam hati tentang kewujudan Allah , malaikat ,kitab, rasul-rasul, hari akhirat serta Qadak dan  Qadar.
                     Syariah : Peraturan dan hokum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah sama ada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau larangan.



Jawapan :
                      Akidah : 1. Kepercayaan kepada Allah
                                     2. Kepercayaan kepada Malaikat

                       Syariah :
                                      1. Mentaati dan melaksanakan perintah-perintah Allah Taala.
                                      2. Kepatuhan dengan kebaikan.























Tajuk 2 : ASAS AQIDAH ISLAM.

  1. Aqidah yang sahih menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

i. Apakah sumber Aqidah yang sahih ? ( 2 markah )


ii. Jelaskan ciri-ciri Aqidah yang sahih. ( 4 markah )


  1. Ar-Rububiyat,Al-Uluhiyat,An-Nubuwat dan Al-Samiyyat adalah 4 aspek yang terdapat dalam ilmu aqidah.

iApakah maksud Al-Uluhiyat ? ( 2 markah )


ii. Jelaskan perkara yang dibincangkan dalam al-Samiyyat dan An-Nubuwat.
                                                                             ( 4 markah )
.


  1. Aqidah seseorang boleh rosak melalui perbuatan,pengucapan dan hati.

i.Bagaimanakah perbuatan yang boleh merosakkan Aqidah ? ( 4 markah )


ii. Jelaskan factor yang mendorong salah laku Aqidah. ( 4 markah )


iii. Huraikan 3 langkah untuk memelihara Aqidah. ( 6 markah )

















            Jawapan :
i. Al-quran
            ii. Hadis Nabawi


Jawapan :
-keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah,keesaanNYA dan  kekuasaanNYA.
-Menjauhkan diri dari mensyirikkan Allah.
-Kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.



Jawapan :
            Al-Uluhiyat ialah mentauhidkan Allah yang bersifat dengan sifat   kesempurnaan.Hanya Allah yang wajib disembah,ditaati peraturanNYA dan tempat berdoa dan berharap


Jawapan :
-aspek Al-Samiyyat tentang perkara-perkara  ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia seperti dosa,pahala,syurga dan neraka.

- Aspek An-Nubuwat tentang perutusan Nabi-Nabi,dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah untuk disampaikan kepada manusia.



Jawapan :
-Menyembah selain dari Allah seperti pokok dan batu.
-Memakai mana-mana lambang agama lain seperti salib dan tatu.
-menghina Al-Quran seperti mengoyak,memijak dan mencampak.
-menyertai upacara agama lain.


Jawapan :
-kurang mendalami ilmu-ilmu Islam
-tidak suka mendampingi ulama’
-terpengaruh dengan budaya dan hiburan yang merosakkan akhlak dan aqidah.
-berkawan dengan orang yang rosak akhlak.




Jawapan :
-membaca dan memahami Al-Quran dan Hadis Nabi.
-nasihat-manasihati kearah kebaikan.
-memelihara ibadat-ibadat fardhu.
-sentiasa mengingati Allah.









































Tajuk 3 : KONSEP MUSLIM DAN MUKMIN;

  1. Asas aqidah Islam ialah islam ,iman dan ihsan.

i. Jelaskan maksud ihsan. ( 2 markah )

  1. Apakah perbezaan diantara mukmin dan muslim. ( 4 markah )

  1. Nyatakan sifat-sifat muslim dan mukmin. ( 4 markah )

  1. Bagaimanakah cara untuk diri menjadi muslim dan mukmin sejati. ( 4 markah )

  1. Huraikan 3 sifat Ihsan dalam kehidupan. ( 6 markah )


































Jawapan :
-membaca dan memahami Al-Quran dan Hadis Nabi.
-nasihat-manasihati kearah kebaikan.
-memelihara ibadat-ibadat fardhu.
-sentiasa mengingati Allah.


Jawapan :
-Muslim : orang yang beriman,percaya dengan rukun-rukun iman.
-Mukmin : orang yang beriman dengan rukun iman dan beramal dengan rukun-rukun tersebut.

Jawapan :
i.menunaikan solat denga khusyuk.
ii.berakhlak mulia dengan menghormati pendapat orang lain.
            iii.menjaga kehormatan diri
            iv.melakukan sesuatu amalan dengan ikhlas.



Jawapan :
-mempelajari Ilmu fardhu ain dan Fardhu Kifayah.
-beramal dengan ilmu yang bermanfaat.
-berdamping dengan para ilmuan.
-merancang masa hadapan
-sentiasa membaca Al-Quran & berzikir.




Jawapan :
-melakukan sesuatu ibadat atau pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah.
-melakukan kerja mengikut prosuder yang tepat.
-bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah.
-mempamerkan imej yang berketrampilan.












Tajuk 4 : RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM


  1. Setiap umat islam wajib beriman kepada Rukun-Rukun Iman.

i.Bagaimanakah cara beriman kepada Allah ? ( 2 markah )

ii.Nyatakan dua kesan beriman kepada Allah. ( 4 markah )


  2.Jelaskan akibat tidak mempercayai rukun iman. ( 4 markah )



 3. Jelaskan tiga hikmat mempercayai rukun iman terhadap individu muslim.
                                                                                    ( 6 markah )


 4. Bagaimanakah anda beriman dengan hari Akhirat ? ( 2 markah )


5. Jelaskan cara beriman kepada Malaikat . ( 2 markah )

























Jawapan :
Menyakini bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.Dialah yang maha Esa dan memiliki sifat kesempurnaan.



Jawapan :
-terpelihara daripada melakukan maksiat
-mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat
-dapat memelihara kesucian aqidah.


Jawapan :
-terbatal iman.
-mudah melakukan dosa
-terdedah kepada perkara-perkara negative seperti malas
-tidak menghormati orang lain
-meragui kebesaran dan kekuasaan Allah.


Jawapan :

-         yakin akan keesaan dan kekuasaan Allah.
-         Mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
-         Mendorong untuk melakukan perkara kebaikan .
-         Berakhlak mulia, bersopan santun dan bermotivasi.


Jawapan : wajib mempercayai bahawa ala mini akan hancur binasa dan seterusnya manusia akan dibangkitkan daripada kubur, dihimpunkan di Mahsyar dan dimasukkan kedalam syurga atau neraka.


Jawapan : wajib mempercayai bahawa malaikat makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan minum, tidak berjantina dan sentiasa mentaati segala perintah Allah.








Tajuk 5 : DALIL KEWUJUDAN ALLAH.

1.

ولقد خلقنا الإنسان من سللة من طين (12)

Maksudnya : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati                       ( yang berasal ) dari tanah.

Berdasarkan ayat :

i. Terangkan peringkat-peringkat kejadian manusia ( 4 markah )

2. Kejadian alam yang unik ini adalah satu tanda kekuasaan Allah.

i. Nyatakan dua bukti yang menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T berdasarkan kejadian alam. ( 4 markah )


3. Terangkan tiga sifat muslim mukmin bersyukur di atas nikmat Allah. ( 6 markah )

4. Jelaskan dua hikmat memerhati tentang kejadian siang dan malam.( 4 markah )

5. Senaraikan empat kejadian di alam ini yang diluar kemampuan manusia. ( 4 markah )




















Jawapan :
-bermula dari setitis air mani ( Nutfah )
-bertukar menjadi Alaqah ( darah beku )
-bertukar menjadi mudghah ( seketuk daging )
-ditiupkan roh dan terbentuk manusia sempurna.



Jawapan :
-peredaran planet-planet tanpa berlaku perlanggaran
-kejadian malam dan siang yang pasti dan teratur.
           

Jawapan :
i.sentiasa memelihara dan menjaga nikmat-nikmat Allah dengan sebaik-baiknya.
ii.menjauhi sifat-sifat yang tidak bertanggungjawab seperti menzlimi binatang,memusnahkan tanaman dan lain-lain.
iii.menggunakan nikamt-nikmat yang Allah berikan dengan sebaik mungkin


Jawapan :
i. waktu siang dijadikan oleh Allah untuk manusia bekerja.
ii. waktu malam untuk manusia berehat.


Jawapan :
i. kejadian siang dan malam
ii. kejadian  planet-planet
iii. kejadian manusia
iv. kejadian hujan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan