Firman Allah dalam al-Quran:
“dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan
Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”- Surah Yasin ayat 38.
Matahari adalah bintang dan bukan planet. Matahari
adalah satu daripada lebih 100 bilion bintang. Matahari adalah pusat bagi
Sistem Suria. Ianya merupakan bola gas amat besar dan panas dan berlakunya
tindakbalas nuklear yang mana membekalkan cahaya dan haba kepada Bumi. Matahari
adalah jirim paling besar dalam Sistem Suria kita dan ia adalah lebih kurang 98
% daripada jumlah jisim dalam Sistem Suria.
(‘The Sun is a star and not planet. The Sun is only one of over more than 100
billion stars. The Sun is located at the centre of the Solar System. It is a
huge, spinning ball of hot gas and nuclear reactions that lights up the Earth
and provides us with heat. The Sun is the largest mass in our Solar System and
contains approximately 98% of the total solar system mass.’)
Matahari adalah bintang pada pertengahan umur, bermaksud ia sekarang berada
pada pertengahan hidupnya. Bintang seperti Matahari memancar selama sembilan
atau sepuluh bilion tahun.Matahari terbentuk lebih empat setengah billion tahun
yang lalu daripada awan gas dan debu yang amat luas tanpa graviti. Bahan pada
pusat awan telah memampat dan ia menjadi panas untuk menyala pelakuran nuklear.
(‘The Sun is now a middle-aged star, meaning it is at about the middle of its
life. Stars like the Sun shine for nine to ten billion years. The Sun formed
over four and a half billion years ago from the gravitational collapse of a
vast cloud of gas and dust. Material in the centre of the cloud was squeezed so
tightly that it became hot enough to ignite nuclear fusion.’)
Matahari kelihatan lebih besar dan terang daripada bintang – bintang yang lain
kerana Matahari adalah bintang yang paling dekat dengan Bumi.
(‘The Sun looks bigger and brighter than all the other stars because it is the
closest star to the Earth.’)
Bintang adalah jasad di angkasa lepas yang memancarkan cahayanya sendiri; jasad
yang lain hanya memantulkan cahaya bintang yang paling dekat. Bulan Bumi
memantulkan cahaya Matahari ke Bumi.
(‘A star is the only body in space that emits its own light; everything else
reflects light from the closest star. The Earth’s Moon reflects the light of
the Sun.’)
Bintang mempunyai ciri – ciri yang berbeza – beza, antaranya ialah kedudukan
mereka, pergerakan, saiz, jisim, kandungan kimia dan suhu. Tidak ada dua
bintang yang serupa. Mengenai saiz bintang, mereka mempunyai diameter sekecil –
kecil 7,000 batu, atau sebesar – besar 900 bilion batu. Bilangan bintang
yang membentuk cakerawala melebihi satu billion.
(‘A star has many different characteristics, such as their position, motion,
size, mass, chemical ingredients and temperature. No two stars are exactly
alike. About their size, they can be as small as 7,000 miles in diameters, or
as large as 900 billion miles in diameter. The number of stars in the known
Universe exceeds one billion.’)
Bintang yang amat besar boleh jadi 400 kali lebih besar daripada Matahari kita,
yang mana diameternya sentiasa berjuta – juta batu. Matahari mempunyai paksi
yang condong.
(‘A supergiant star can get to be 400 times larger than our Sun, which is
almost a million miles in diameter. The Sun is tilted.’)
Melihat Matahari secara terus boleh merosakkan mata secara kekal kerana ia
sungguh terang. Sebutir bintang memancarkan cahaya dan haba. Semakin besar
bintang, semakin meningkat suhunya.
(‘Looking directly at the Sun can permanently damage your eyes because it is so
bright. A star mostly gives off light and heat. The larger the star, the hotter
its temperature.’)
Bumi ditunjuk untuk perbandingan saiz (‘Earth shown for size comparison’)
Diameter Matahari adalah lebih kurang 870,000 batu (1,400,000 kilometer). Itu
adalah lebih kurang 109 kali saiz Bumi. Diameter Bumi ialah 7926 batu
(12756 kilometer).
(‘The diameter of the Sun is about 870,000 miles (1,400,000 kilometres). This
is about 109 times the size of the Earth. The diameter of the Earth is 7926
miles (12756 km).’)
Matahari adalah 333,000 kali lebih berat daripada Bumi. Ini bermakna jika anda
meletakkan Matahari di atas penimbang, anda memerlukan 333,000 objek yang
mempunyai berat yang sama dengan Bumi pada sebelah yang satu lagi untuk
mencapai keseimbangan.
(‘The Sun is 333,000 times heavier than the Earth. That means if you put the
Sun on a scale, you would need 333,000 objects that weigh as much as the Earth
on the other side to make it balance.’)
Matahari, jarak garisan khatulistiwanya ialah 2 720 984 batu (4,379,000
kilometer). Itu adalah 109 kali jarak garisan khatulistiwa Bumi. Jarak garisan
khatulistiwa Bumi ialah 24,902 batu (40,075 kilometer).
(‘The Sun is 2,720,984 miles (4,379,000 kilometres) at its circumference
equator. That is about 109 times the distance around the Earth's equator. The
circumference of the earth at the equator is 24,902 miles (40,075 kilometers).’)
Jarak purata Matahari dengan Bumi adalah 92,580,000 batu (149,000,000
kilometer). Jarak antara Matahari dengan Bumi adalah 400 kali daripada jarak
antara Bumi dengan Bulan.
(‘The average distance from the Sun to the Earth is 92,580,000 million miles
(149,000,000 kilometres). The distance of the Sun from the Earth is 400 times
the distance of the Earth from the Moon.’)
Jika Matahari itu berongga, ia boleh memuatkan sebanyak lebih satu juta Bumi di
dalamnya.
(‘If the Sun was hollow, it could fit over one million Earths inside the Sun.’)
Cahaya daripada Matahari mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai ke
Bumi, atau dengan lebih tepat 8 minit 20 saat pada kelajuan cahaya.
(‘Light from the sun takes roughly 8 minutes to reach the earth, or more
accurately is 8 minutes, 20 seconds at the speed of light.’)
Matahari juga berputar. Tempoh ia berputar pada garisan Khatulistiwanya ialah
26.8 hari dan tempoh ia berputar pada bahagian kutubnya ialah 36 hari. Ia
dilihat seperti bintang - bintang berada di kedudukan yang sama setiap malam,
setiap tahun, tetapi sebenarnya bintang – bintang itu bergerak sepanjang masa.
(‘The Sun rotates, too. It rotates every 25-36 days. Rotation Period at Equator
is 26.8 days and Rotation Period at Poles is 36 days. It seems as if stars
always stay in the same position night after night, year after year, but they
actually do move over time.’)
Tanpa Matahari, Bumi tidak boleh menyokong kehidupan.Matahari membekalkan haba
dan cahaya yang diperlukan oleh Bumi untuk menyokong kehidupan.
(‘Without the Sun, Earth could not support life. The Sun gives off heat and
light that the Earth needs to support life (us).’)
Jika anda tinggal di Matahari, dan anda membina sebuah kapal angkasa, ia perlu
bergerak lebih 618.2 kilometer sesaat untuk melepaskan diri daripada tarikan
graviti Matahari.
(‘If you lived on the Sun, and you built a spacecraft, it would have to go over
618.2 kilometers per second to escape the Sun’s gravitational pull.’)