Jumaat, 18 Jun 2010

Hukum Mencabut Bulu Kening

Soalan:

 Apakah hukum mencabut bulu kening?

 Jawapan:
Hukum mencukur bulu kening ialah harus menurut pendapat ulama Mazhab Hambali. Keharusan itu setelah mendapat keizinan daripada suami dan hanya untuk suami sahaja. Namun begitu, perbuatan ini tidak digalakkan kerana ditakuti jatuh kepada haram apabila isteri keluar rumah dan sudah tentu dilihat orang lain pula.

Rasulullah melaknat perbuatan ini melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud,"Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau diminta dicukurkan alisnya". Mencukur alis menyerupai perbuatan pelacur pada zaman jahiliyah. Oleh itu Islam melarang keras perbuatan tersebut. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan