Sabtu, 19 Jun 2010

Pemikiran

Pengenalan

Perbuatan Manusia (Af’al al-‘ibad)

Persoalan perbuatan makhluk atau manusia tidak pernah dibangkitkan pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman para sahabat serta pada zaman ulama’ salaf dahulu. Keimanan mereka yang bulat kepada qudrat dan iradat Allah sudah cukup menjadikan mereka yakin dan beriman kepada qada’dan qadar Allah tanpa sebarang persoalan dan perbincangan lagi.
Akan tetapi apabila masyarakat Islam telah bertembung dengan pengaruh kebudayaan dan falsafah maka perbahasan ulama’ tauhid telah bertukar corak menjadi ilmu kalam yakni bertukar corak dari aliran pemikiran yang mudah kepada aliran pemikiran falsafah. Walau pun demikian tujuan mereka adalah sama iaitu untuk membulatkan keyakinan kepada qudrat dan iradat Allah yang maha esa.

Beberapa Pendapat Mengenai Perbuatan Manusia

Didalam membahaskan masalah ini ada empat aliran pendapat atau mazhab yang termashur di kalangan ahli ilmu kalam seperti berikut:

1- Aliran al-Jabariah
2- Aliran al-Qadariah
3- Aliran al-Muktazilah
4- Aliran al- Asyai’rah

Aliran atau mazhab al-Jabariah

Mazhab ini diasaskan oleh Jaham Ibnu Safwan yang dilahirkan di Khurasan dan dibesarkan di Kufah, Iraq. Beliau telah mati dibunuh oleh Sulam bin ahuz pada tahun 128 hijrah diatas sebab-sebab politik. Mazhab ini pada mulanya disebarkan oleh pengasasnya itu ditempat bernama Tarmuz.

Aliran ini menegaskan bahawa manusia tidak mempunyai kehendak atau kemahuan atau pilihan sendiri kerana segala perbuatan makhluk adalah dijadikan Allah dan ditentukan mengikut qudrat dan iradatnya semata-mata.Manusia tidak membuat apa-apa usha atau perbuatan. Ia adalah ibarat mesin yang bergerak secara mekanik yang dikuasai dan digerakkan oleh jentera. Segala suruhan dan larangan allah tidak disifatkan sebagai baik atau buruk. Malahan diterima semata-mata sebagai perintah Allah yang maha kuasa dan maha tinggi yang mesti dipatuhi. Mengenai pembalasan shurga dan neraka, mereka tidak menganggapkan sebagai ganjaran kerana manusia tidak berhaq menerima ganjaran sebaba mereka tidak melakukan sebarang perbuatan. Jadi shurga dan neraka itu adalah semata-mata bukti kebesaran Allah dan kekuasaannya jua.

Aliran ini dinamakan Jabariah kerana makhluk. Khususnya manusia adalah majbur atau terpaksa menurut kepercayaan mereka. Dengan perkataan lain manusia melakukan segala pekerjaan dan gerak geri didalam kehidupan seharian semata-semata paksaan dari qudrat dan iradat Allah. Oleh sebab itu segala apa yang dilakukannya samada yang baik atau buruk atau maksiat dari Allah jua.

Pendapat golongan ini menjadikan manusia percaya bahawa Allah menjadikan seseorang itu terpaksa melakukan maksiat atau larangan-larangan Allah. Lalu dengan itu ia terpaksa masuk kedalam neraka disebabkan paksaan itu. Oleh yang demikian pendapat itu telahj ditolak oleh para ulama’ secara ijma’.Kerana ia boleh menyandarkan kezaliman kepada allah s.w.t yang maha suci dari sifat kekurangan.

Al-Jabariah ini bermazhab pada asalnya berdasaarkan kepada satu cara mentafsirkan ayat-ayat al-quran yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah dengan mentakwilkannya kepada makna takwillannya yang menafikan Allah dari mempunyai sifat-sifat bagi zatnya.Bagi menguatkan hujjah ini Jaham bin Safwan berdalilkan firman Allah yang bermaksud:

“Tiada sesuatu pun yang serupa dengannya”

(al-Shura:11)

Dengan keterangan ayat ini Jaham berhujjah bahawa dengan menyandarkan sifat-sifat kepada allah bermakna menyerupakan atau mentasbihkan dia dengan makhluk.Bagaimana pun Jaham menthabitkan atau menetapkan sifat feel dan sifat menjadikan hanya kepada allah. Ia menafikan bahawa kedua-dua sifat tersebut daripada makhluk. Maka setiap makhluk tidak mempunyai sebarang pilihan atau ikhtiar dalam perbuatan mereka. Bahkan mereka adalah majbur atau terpaksa.


Mazhab al-Qadariah

Golongan ini berpendapat bahawa manusia itu berkuasa penuh melakukan segala perbuatn tanpa sebarang hubungan dengan Allah dalam melakukannya.
Mereka menolak adanya qadar atau takdir allah dalam perbuatan manusia.

Mazhab ini memberikan alasan bahawa manusia adalah bertanggungjawab keatas segala perbuatannya. Oleh yang demikian sekiranya perbuatan itu terikat dengan takdir dari Allah, maka tidaklah ada lah ertinya pembalasan pahala atau dosa berdasarkan perbuatan manusia itu. Dengan alasan ini mereka berpendapat bahawa perbuatan seseorang itu disandarkan kepada nya dan wajarlah ia menerima pembalasan dan akibatnya.

Golongan ini menuduh sebagai sesat terhadap orang-orang yang mempercayai bahawa Allah telah menentukan nasib dan perbuatan manusia itu menurut takdirnya. Menurut mereka, keadilan Allah menjadikan manusia mesti bebas dalam menentukan nasib sendiri dan memilih perbuatan baik atau buruk yang dilakukannya. Sekiranya Allah telah menentukan terlebih dahulu bermakna Allah itu zalim. Manusia mempunyai kuasa sendiri dan bebas melakukan perbuatannya.

Mazhab ini diasaskan oleh Ma’bad bin khalid al-juhni dan Ghailan ibnu Marwan al-damshiki, di negeri Iraq dan Sham.Kedua-duanya dikatakan mengambil fahaman Qadariah daripada seorang penduduk Iraq yang man asalnya beragama nasrani kemudian masuk Islam. mazhab ini mula berkembang pada permulaan zaman tabiian ketika pemerintahan khalifah al-Walid ibnu al-Malik.

Diantara dua orang pengasas tersebut , Ghailan adalah dianggap lebih berjasa kepada mazhab al-qadariah kerana beliau yang berusaha mengukuh dan mempertahankannya sehingga dengan sebab itu beliau mati dibunuh oleh khalifah Hisham bin Abdul Malik di damshik. Beliau dikenali sebagai sebagai seorang yang zuhud dan alim.

Mazhab ini dinamakan sebagai al-Qadariah kerana mereka percaya bahawa manusia adalah bebas atau mempunyai qudrat bagi melaksanakan segala perbuatan mereka. Para ulama’ mewarisi kesan-kesan kesan-kesannya iaitu mazhab al-Muktazilah. Mazhab ini berpegang kepada firman Allah s.w.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami menunjukkan dia jalan kebenaran, maka ada yang bershukur dan ada yang ingkar (kufur)”

(ad-dahr :3)

Dengan keterangan ayat diatas golongan ini berhujjah bahawa manusia tidaklah terpaksa, bahkan ia bebas dan mempunyai pilihan untuk membuat atau meniggalkan sesuatu perbuatan dan tiada siapa yang menguasai atau memaksa kehendaknya.

Golongan al-Muktazilah .

Golongan ini dinamakan sedemikian kerana pengasasnya, wasil bin ‘Ataq dan Amru bin ‘Abid telah melakukan I’tizal atau atau mengasingkan diri mereka dari kumpulan gurunya Hassan al-basri akibat berselisih faham dengannya mengenai orang Islam yang berdosa besar.
Wasil bin ‘Ataq di lahirkan di Madinah pada tahun 80 hijriah. Beliau di lahirkan dari keturunan hamba dan dibesarkan sebagai hamba. Namun demikian beliau adalah terkenal sebagai seorang yang banyak ilmu dan hebat berhujjah. Namun demikian beliau telah menjadi merdeka sehingga beliau mempunyai kebebasan yang begitu luas untuk menuntut ilmu. Wasil telah berpindah ke Iraq dan wafat pada tahun 131 hijriah.
Manakala Amru ibnu ‘Abid di lahirkan di Iraq kemungkinan juga di Basrah juga dilahirkan pada tahun yang sama dengan Wasil. Wafat pada tahun 142 lebih kurang

Pendapat Golongan Ini

Mereka mengatakan bahwa manusia berkuasa dengan bebasnya melakukan semua perbuatan dan bebas memilih serta melaksanakan semua kemahuan. Perbuatan yang tidak ada pilihan dan kemahuan bagi melakukanya maka, perkara itu tidak termasuk didalam tanggungjawabnya.

Pada dasarnya aliran ini sama dengan mazhab qadariah cuma ia menganggap bahawa kuasa manusia dalam melakukan perbuatan itu adalah ditetapkan. Mazhab ini beralasan bahawa Allah bersifat maha adil.Oleh sebab itu perbuatan manusia dijadikan oleh Allah dan juga dengan kehendaknya. Sedangkan balasan dosa dikenakan keatas manusia maka jadilah perbuatan Allah itu berlawanan dengan sifat keadilan , pada hal yang demikian itu mustahil baginya.

Menurut mereka lagi, bahawa mempercayai bahawa manusia itu berkuasa melakukan perbuatannya dengan kehendak sendiri tidak lah boleh menjejaskan kudrat dan iradat Allah yang mutlak. Kerana dia yang menjadikan kudrat dan iradat hambanya dan ia lah juga yang menjadikan peraturan kejadian yang berdasarkan bahawa kudrat dan iradat hamba itu memberi kesan b agi setengah darip;ada perbuatannya, dengan yang demikian terlaksanalah tujuan Allah memberi pahala dan dosa keatas setiap hamba.

Sekiranya Allah mengkehendaki sesuatu perkara itu dengan kehendak secara kemahuan yang putus, maka ia akan mencabut qudrat dan ibadat dari hambanya itu yang diberikan mandat itu dan ketika itu tidaklah dikatakan taklif lagi .
Mazhab ini memberikan hujjah mereka dari firman Allah yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengerjakan seberat zarah kebaikan , nescaya akan dilihat kebaikannya itu dan barangsiapa yang mengerjakan seberat zarah kejahatan , nescaya dilihat kejahatan itu”.

(al-zalzalah ;7-8)
Mereka juga berdalil dengan ayat0ayat tentang keadilan Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang sekalipun seberat zarah”
(al-Nisa’ :40)

Mazhab al-Ashaariah

Mazhab ini berpendapat bahawa manusia dijadikan oleh Allah dengan kudrat dan iradatnya. Sesuatu perbuatan itu berlaku dengan usaha manusia itu sendiri, kerana ia mempunyai ikhtiar atau kebebasan memilih dan kebebasan bertindak yang melingkungi dalam kehendak Allah.

Golongan ini membezakan diantara perbuatan melakukan usaha dengan perbuatan mencipta, merupakan haq mutlak Allah s.w.t .Pendapat ini terlepaslah mereka dari mengatakan bahawa sesuatu daripada menunaikan perkara-perkara yang bertentangan dengan kudrat Allah s.w.t dan dari mengatakan manusia bahawa melakukan perbuatan dengan terpaksa dengan itu cukuplah alasan tersebut dijadikan sebagai tanggungjawab menerima pahala dan dosa atas perkara-perkara yang ditaklifkan Allah keatas hamba-hambanya.

Mereka berhujjah dengan menggunakan firman allah yang bermaksud:

“Dan kamu tidak mengkehendaki kecuali mengkehendaki oleh allah”.

(al-takwir :29)
Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“Dan Allah jua lah yang menjadikan kamu dan dan apa-apa yang kamu lakukan”.

(al-Saffat: 96)

Dengan keterangan ayat-ayat tersebut golongan ini berpendapat bahawa manusia mempunyai kehendak dan pilihan sendiri dalam melakukan perbuatannya. Sesungguhnya perbuatan tersebut dijadikan oleh Allah dan kehendaknya jua terbit dari dia. Oleh itu segala kehendaknya memberi kesan dalam usaha manusia tersebut. Setiap usaha manusia bergantung kepad kehendak Allah atau tertakluk kepada iradat. Jadi, sesuatu usaha manusia itu sebenarnya datang dari Allah. Umpamanya apabila ada pergantungan kehendak atau keazaman seseorang itu untuk sembahyang umpamanya, Allah jadikan perbuatan sembahyang itu,begitu juga jika jika pergantungan kehendak kepada zina, maka Allah jadikan perbuatan zina tersebut. Sekiranya tidak ada pergantungan kehendak itu atau denngan lain perkataan tiada usaha dilakukan oleh manusia , maka tidak lah allah jadikan perbuatan tersebut.

Jelas pendapat ini mengatakan manusia berusaha dan berikhtiar dengan kehendak kuasa memilih. Apabila kehendak itu digantungkan atau ditaklukkan dengan sesuatu perbuatan atau perkara yang dipilihnya, maka Allah taala menjadiakn perbuatan itu dengan kudratnya.Sementara itu haruslah diingat kehendak dan kuasa memilih ada pada manusia itu juga dijadiklan oleh Allah s.w.t. Demikianlah kesimpulan yang diberikan oleh mazhab ini.

Latarbelakang Mazhab al-ashairah

Dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada nama pengasasnya iaitu Abu Hassan Ali bin Ismail Al-Asha’ri yang dilahirkan pada tahun 260 hijriah atau 513 masihi di Basrah.Selain dari nama tersebut mazhab ini juga dengan nama Ahli Sunnah Wal- Jamaah kerana mazhab ini diterima oleh para ulama’ sebagai persepakatan umat Islam terbanyak dan mazhab ini lebih banyak berdasarkan keterangan nas al-quran dan hadis.
Berpandukan dalil-dalil akal dan falsafah seperti yang digunakan oleh golongan al-muktazilah.



Manakala dari huraian beberapa buah kitab tauhid, perbuatan manusia itu hurainnya seperti berikut:




PERBUATAN HAMBA (MANUSIA)

Pendapat Jumhur Ahli al-Sunnah
Bahawasanya Allah yang menjadikan semua perbuatan:
i Sebab dan musabab bergandingan pada kebiasaan.
ii Sebab dan musabab bergandingan pada akal ( al-Ghazali ). Jumhur tidak setuju kerana menyalahi perkara mukjizat.
iii Sebab-sebab memberi kesan kepada musababyang diberi oleh Allah (pandangan muktazilah), mengikut Ahli Sunnah pandangan ini fasik.
iv Sebab memberi kesan kepada musabab pada pandangan sendiri. Pandangan ini mengikut Ahli Sunnah adalah kafir.

Pandangan Muktazilah dan Ahli Sunnah mengatakan perbuatan manusia terbahagi dua:
i Al-Idtirariyyah: Iaitu semua perbuatan dijadikan oleh Allah.
ii Al-Ikhtiariyyah : Perbuatan adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah dengan kekuatan atau usaha yang dilakukan oleh manusia yang diberi oleh Allah kepada hambanya.
Sesungguhnya Muktazilah mengatakan bahawa kekuatan melahirkan perbuatan adalah haq manusiayang sebenar dengan ikhtiarnya sendiri. Jabbariah pula berpendapat semua perbuatan datangnya daripada Allah s.w.t dan hamba tidak mempunyai apa-apa haq.

Pandangan mazhab A-Jabariyah

Pandangan al-Jabariyah pula, perbuatan hamba kesemuanya adalah terpaksa. Hamba tidak mempunyai kuasa dan kehendak juga tiada pilihan. Umpamanya seperti bulu yang berterbangan di udara. Menurutnya lagi, semua perbuatan adalah idtirariah, hanya Allah menjadikan perbuatan kepada hamba.
Maka pahala mesti (terpaksa) dosa juga (mesti-terpaksa) kewajipan juga terpaksa.Mereka berhujjah dengan membawa dalil seperti firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menciptakan kamu dan dia maha mengetahui apa yang hambanya tidak ketahui”

Mazhab al-Jabariah mengatakan “al-mu’siru” iaitu orang yang memberi kesan pada semua perkara ialah Allah taala kerana dia berkuasa terhadap tiap-tiap sesuatu. Oleh itu tiada bagi hamba sesuatu kesan pada semua perbuatannya. Bahkan terpaksa pada keseluruhan perbuatan. Pendapat ini nyata salah kerana boleh membawa manusia kepada “taklif’ iaitu kewajipan kepada syara’dan Allah mengutPus rasul-rasul dan juga tidak bermakna pahala bagi orang yang taat serta dosa bagi orang yang melakuka maksiat.

Pandangan Ahli Sunnah Waljamaah

Mazhab ini mengatakan semua perbuatan hamba terbahagi dua:

1- Idtirari
Membuat perumpamaan , seperti terjatuh dan degupan jantung. Perumpamaan ini adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah taala dan hamba tiada kuasa terhadapnya maka demikian itu ianya tidak diambil hukum keatasnyua. Pendapat dan pandangan ini muafakat antara Ahli Sunnah dan al-Muktazilah.

2- Ikhtiari
Semua perbuatan hamba adalah makhluk Allah taala dan hamba tiada kuasa melakukannya kecuali dengan berusaha. Allah mengadakan baginya untuk hamba yang berusaha dan ia disifatkan dengan perbuatan atau usaha seseorang hamba tersebut. Segala usaha itu dipertanggungjawabkan terhadap usaha atau perbuatan pahala dan dosa .Dengan demikian maka diutuskan rasul.

“Al-kasab”yakni usaha makna lughah ialah, melakukan perbuatan manakala dari sudut istilah, bersamaan kuasa Allah yang diberi kepada hambanya dan kehendak hamba untuk melakukan perkara yang memberi segala kemungkinan.

Kesimpulannya dari sudut Idtirari,ia tidak dapat dielakkan manakala dari sudut Ikhtiari pula, boleh memilih.

Pandangan al-Muktazilah

Mazhab ini mengatakan bahawa Allah menjadikan semua perbuatan yang tidak dapat dielakkan(idtirariyyah) ada pun (ikhtiariyyah) maka ia adalah makhluk yang dijadikan untuk hamba dengan kuasa Allah yang menciptakan kepada hambanya. Seseorang itu bertanggungjawab diatas segala perbuatan yang ikhtiari.



Penutup

Kesimpulannya persoalan tentang perbuatan manusia ini timbul setelah dipengaruhi oleh falsafah greek menular kedalam pemikiran Islam perbincangan bermula dari perkara qada’ dan qadar. Perkara ini menjadi persoalan ahli ilmu kalam bukanlah qudrat dan iradat Allah tetapi tentang gerak usaha makhlik.


Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan