Isnin, 16 Ogos 2010

Mencuci darah dengan Hemodialisis adakah membatalkan puasa?

Soalan:
Adakah batal puasa orang yang menggunakan mesin hemodialisis untuk mencuci darah?

Jawapan:
Rawatan Hemodialisis ialah rawatan yang dilakukan kepada seseorang pesakit dengan mengeluarkan darah daripada badan pesakit dan membersihkannya daripada bahan-bahan beracun lalu dimasukkan semula ke badan pesakit. Rawatan ini mengambilmasa 4 hingga 5 jam satu sessi dan pesakit perlu menjalaninya 2 atau 3 kali seminggu.


Mencuci darah dengan menggunakan mesin hemodialisis adalah tidak membatalkan puasa. Namun begitu, mereka harus berbuka. Pendapat ini dikemukakan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Ali Qurah Daghib (Pensyarah Fiqh Universiti Qatar) dan Syeikh al-Sadahan (ahli majlis Fatwa Arab Saudi).

Alasannya ialah perbuatan itu bukan dikategorikan sebagi makan dan minum. Keharusan berbuka kerana ia lebih berat daripada berbekam. (berbekam dibenarkan oleh Rasulullah untuk berbuka). Jika pesakit itu berbuka, ia perlu qadha puasanya. Namun jika penyakit itu berterusan, bolehlah ia memberi makan seorang miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

Permasalahan ini tidak terdapat dalam kitab-kitab fiqh lama. Tiada juga dalam al-quran mahupun hadis. Masalah ini muncul setelah manusia melalui sains, telah mencipta teknologi perubatan moden yang tidak pernah dibincangkan oleh ulama silam. Justeru itu, kita perlu melihat kepada pendapat serta ijtihad ulama sekarang. Sebelum itu, perlu juga dilihat dahulu al-Quran dan hadis yang pernah membicarakan tentang puasa dan pantang larangnya. Menurut al-Quran, puasa itu ialah menahan diri daripada makan, minum dan perhubungan kelamin dari Subuh hingga Maghrib. Menurut hadis pula, puasa itu menahan anggota termasuk mata, mulut, telinga daripada dosa.Melalui sumber -sumber ini, menurut ulama, makan dan minum akan membatalkan puasa walaupun sediikit. Mengeluarkan sesuatu bahan dari badan dan minum akan membatalkan puasa , mengeluarkan sesuatu bahan dari dalam perut, perhubungan badan, kedatangan haid dan nifas dan melakukan dosa dan maksiat dalam bulan puasa. dan minum akan membatalkan puasa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan