Ahad, 12 Disember 2010

Hadis Ahad itu apa?

oleh : Hafiz Firdaus Abdullah
http://islamdigest.blogspot.com/2006/03/apakah-hadis-ahad.html

Jika pada satu masa yang lalu muncul satu golongan yang menolak hadis secara keseluruhannya, kini muncul pula golongan yang menerima sebahagian hadis dan menolak sebahagian yang lain. Mereka mendakwa menerima hadis yang bersifat mutawatir dan menolak hadis yang bersifat ahad.

Khamis, 9 Disember 2010

Hukum Sembahyang Hadiah atau Solat Hadiah

Soalan

Apakah solat hadiah itu dituntut oleh Islam? Ini kerana apabila ada kematian, lazimnya ada orang yang mengingatkan supaya mengerjakan solat hadiah.  Kalau ada, bagaimanakah caranya?

Jawapan
Sembahyang sunat hadiah  ditulis oleh Haji Abdul Rashid Banjar menerusi  bukunya 'Ini Kitab Perukunan Besar', terbitan percetakan al-Muarif , Pulau Pinang, pada halaman 21:

Selasa, 30 November 2010

Faraidh

Soalan :

Dengan penuh hormat dan takzim sukacita kaola memohon penjelasan  mengenai hukum fara'idh mengenai perkara tersebut di bawah:

1. Apakah makna 'hukum fara 'idh'?

11. Apakah hukumnya bagi seorang yang tidak menjalankan hukum fara'idh?

Rabu, 1 September 2010

Mendoakan Orang Kafir Dalam Khutbah Jumaat Bukan Amalan Islam

Ustaz Ahmad Tajuddin Idris al-ManhajiTuantulis81@gmail.com

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu khatib mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada pemimpin bukan Islam di dalam khutbah jumaat di Pulau Pinang. Isu ini telah mendapat reaksi yang berbeza dari kalangan ilmuan dan masyarakat tanah air, ada yang melarang dan ada yang membenarkan.

Selasa, 31 Ogos 2010

Al-Quran tetap terpelihara

SHEIKH al-Maraghi berkata: "Setelah Allah SWT menerangkan kisah dan keadaan Ashab al-Ukhdud dan menggambarkan bagaimana mereka menganiayai orang-orang yang beriman, seterusnya Allah SWT menyambungkan dengan keterangan tentang perilaku orang kafir pada setiap masa dan tingkah laku mereka terhadap para nabi dan sahabat-sahabatnya seperti cara ini.

Isnin, 30 Ogos 2010

Allah rahsiakan Lailatul Qadar

Allah rahsiakan Lailatul Qadar



Antara amalan bagi mengisi malam al-qadar adalah memperbanyakkan membaca al-Quran selain qiamullail. – Gambar hiasan



RAMADAN yang datang menjanjikan pahala yang banyak. Amat beruntunglah golongan muslim yang merebut peluang ibadah yang besar pahalanya.
Salah satu anugerah Ramadan adalah Lailatul Qadar. Dalam tulisan kali ini, kita cuba telesuri beberapa pandangan para ulama sebagaimana yang dihuraikan panjang lebar dalam kitab Fath al-Bari.
Ada kiraan bagi menentukan malam Al-Qadar. Antaranya ada disebut tentang jumlah lafaz yang ada dalam surah al-Qadr.
Jumlah lafaznya adalah 30. Manakala lafaz hiya dalam ayat yang terakhir merujuk kepada Lailatul Qadar. Lafaz ini adalah lafaz yang ke 27, maka dihukum bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Syawal Landasan Persaudaraan

Ufuk Minda:
Oleh Prof Dr Sidek Baba
ISLAM adalah agama kesatuan dan jemaah. Tanda orang beriman antara lain ialah binaan asas persaudaraan. Al-Quran menekankan pentingnya jiwa berkenalan supaya wujud rasa prihatin terhadap yang lain.
Rasulullah SAW membayangkan umat Islam itu ibarat suatu binaan, antara satu dengan yang lainnya saling kukuh mengukuh.
Aidilfitri yang diraikan adalah lambang kemenangan bagi manusia untuk kembali kepada fitrah. Fitrah manusia terhadap yang lain asasnya ialah persaudaraan.