Memaparkan catatan dengan label Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol. Papar semua catatan

Rabu, 23 Jun 2010

Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol

Soalan:
Apakah hukum memakai minyak wangi beralkohol?

Jawapan; 
Memakai minyak wangi beralkohol dalam sembahyang hukumnya harus. Beberapa pendapat berikut boleh dijadikan panduan. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, hukumnya harus dan dimaafkan. Menurut Lembaga Fatwa al-Azhar, alkohol itu tidak najis . Menurut Syeikh Sya'rawi melalui bukunya Anta Tas al Wa Islam Tujib, memakai minyak wangi beralkohol halal hukumnya . Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1 menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS. Menurut Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol tidak najis dan penggunaannya dalam minyak wangi diharuskan atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya. Menurut Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " minyak wangi beralkohol hukumnya harus. Wallau a'lam.