ISLAM adalah agama yang praktikal dan munasabah. Selepas sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan.
Oleh itu, usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan dalam keluarga pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.
Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat.
Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan Aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarahi sesama umat Islam dan menganjurkan majlis rumah terbuka.
Soalan:
Adakah batal puasa orang yang menggunakan mesin hemodialisis untuk mencuci darah?
Jawapan:
Rawatan Hemodialisis ialah rawatan yang dilakukan kepada seseorang pesakit dengan mengeluarkan darah daripada badan pesakit dan membersihkannya daripada bahan-bahan beracun lalu dimasukkan semula ke badan pesakit. Rawatan ini mengambilmasa 4 hingga 5 jam satu sessi dan pesakit perlu menjalaninya 2 atau 3 kali seminggu.
Soalan:
Apakah amalan yang boleh dilakukan pada bulan Syaaban ?
Jawapan:
Pengenalan
Pada Malam Nisfu Syaaban, Orang Melayu beragama Islam di Malaysia akan berkumpul di masjid atau di surau untuk sembahyang Maghrib dan kemudian membaca Yasin sebanyak 3 kali. Kali pertama dengan niat dipanjangkan umur, kali kedua diniatkan untuk menolak balak dan ketiga untuk terkaya daripada manusia. Setiap habis membaca Yasin, imam akan membaca doa Nisfu Syaaban. Amalan ini bersumberkan kitab Senjata Tok Lebai dan Tok Haji 1949 karangan Syeikah Abdul Kadir al-Mandili. Dalam kitab ini dinyatakan bahawa sumber amalan ini ialah hadis riwayat Abdullah Ibnu Mas'ud al-Huzaili yang dipetik daripada kitab al-Musannaf karangan Ibn Abu Syaibah dan al-Du'a karangan Ibn Abu al-Dunya.
Penjelasan
1. Amalan ini tidak disahkan thabit daripada Rasullullah SAW, sahabat dan tabiin dalam beberapa abad yang pertama. Hadis yang dijadikan sandaran itu juga tidak sahih.Kandungan doa yang dibaca pula berdasarkan fakta yang salah seperti pembaharuan rekod amalan dan keputusan qadha' dan qadar yang disempurnakan pada malam nisfu Syaaban. (Sebenarnya diputuskan pada malam lailatulqadar dalam bulan Ramadhan)
Soalan:
Apakah hukumnya mengadakan solat dan puasa khusus pada malam dan siang 27 Rajab?
Jawapan;
Dalam Bulan Rajab, bulan yang mulia kerana pada bulan ini difardhukan solat lima waktu sehari semalam. Pada bulan ini, dilakukan oleh orang beberapa amalan yang disangka ibadat iaitu:
1.Mengadakan perayaan israk dan mikraj.
2.Mengadakan solat khas pada malam Jumaat pertama bulan Rajab yang dinamakan solat ar-Raghaib.
3.Puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab.
4.Solat Khas pada malam 27 Rajab.
5.Puasa Khas pada siang 27 Rajab.
1.0 Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Anak-anak
Peranan ibu bapa adalah besar untuk mendisiplinkan anak-anak. Perbuatan tidak mahu ke sekolah apabila dipanggil untuk berbincang tentang anak-anak, adalah satu tingkah laku negatif kerana ia menunjukkan sikap menongkah arus.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menarik minat ibu bapa datang ke sekolah namun usaha itu masih belum sampai ke tahap yang diinginkan. Sebenarnya ibu bapa dan guru perlu mempunyai hubungan yang baik dan erat. Lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini yang memaparkan pelbagai karenah negatif yang membabitkan kanak-kanak dan remaja. Ini adalah kerana statistik salah laku yang dipaparkan oleh pihak media kian menakutkan hari demi hari. Sebenarnya kes-kes disiplin adalah suatu yang tidak boleh dibiarkan. Kes terbaru ialah berkaitan pergaduhan di antara dua kumpulan pelajar dengan bersenjatakan pedang dan parang.
Soalan:
Apakah hukum bersentuhan lelaki dan wanita bukan mahram atau suami isteri sedangkan mereka dalam keadaan wudhuk?
Jawapan;
Menurut Ulama Mazhab Hanafi , persentuhan kulit lelaki dan wanita tidak membatalkan wudhuk. Yang membatalkan wudhuk ialah apabila bertemunya alat sulit lelaki dan wanita tanpa ada apa-apa penghalang. Ini berdasarkan hadis daripada Aisyah (r.a) , yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Arba'ah dengan sanad yang para perawinya dapat dipercaya, yang bermaksud : "Rasullullah mencium sebahagian isteri-isterinya lalu sembahyang tanpa berwudhuk lagi."
Sebuah lagi hadis daripada Aisyah yang dikeluarkan oleh Ishaq bin Rawahaih dan Bazzar dengan sanad yang cukup baik, yang bermaksud :" Bahawa Basulullah menciumnya dan saat itu beliau sedang berpuasa. Lalu sabdanya, ciuman itu tidak merosakkan wudhuk dan tidak pula membatalkan puasa."
Ditambah satu lagi hadis daripada Aisyah (r.a) , iaitu Hadis Muslim dan Tirmizi yang mengesahkannya, yang bermaksud : " Pada suatu malam aku kehilangan Rasulullah (SAW) dari tempat tidur lalu aku mencarinya dan kebetulan tanganku menyentuh telapak kakinya yang tegak kerana baginda sedang sujud.
Menurut firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 43 yang berbunyi أو لامستم النساء yang bermaksud atau jika kamu menyentuh wanita (membatalkan wudhuk). Namun begitu, maksud perkataan menyentuh dalam ayat ini ialah melakukan hubungan 'intim'. Maksud ini diriwayatkan oleh Ali dan Ibn Abbas. Diterima dari 'Ubaid bin Humaid bahawa Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan al-mulamasah dalam ayat tersebut secara demonstratif, beliau memasukkan jari telunjuk ke dalam telinganya lalu berkata , " Ketahuilah bahawa perkataan itu bermaksud an-naik, bersetubuh."
Ulamak Syafi'i berpendapat bahawa wudhuk menjadi batal kerana bersentuhan kulit lelaki dan perempuan dengan syarat orang yang disentuh itu bukan anak-anak kecil dan bukan muhrim serta antara keduanya tidak terdapat penghalang dan tidak batal kerana menyentuh rambut, gigi atau kuku kerana semua ini tidak menimbulkan rangsangan. Hal ini berdasarkan zahir ayat 'au laamastumunnisa' di atas. Ibnu Mas'ud membacanya tanpa membaca panjang huruf lam pada 'au lamastumunnisa' yang membawa maksud 'atau kamu menyentuh wanita.'
Menurut penjelasan Umar sebagaimana diriwayatkan Malik: "Ciuman seorang kepada isterinya atau menyentuhnya dengan tangan termasuk mulaasamah. Maka sesiapa mencium isterinya atau menyentuhnya dengan tangan, hendaklah berwudhuk.". (Diriwayatkan oleh Daraquhni dalam Musnadnya, juga ia meriwayatkan penjelasan serupa daripada Ibnu Mas'ud).
Golongan Maliki dan Hanbali berpendirian, persentuhan kulit di antara lelaki dan wanita sekalipun muhrim, membatalkan wudhuk jika perbuatan ini dilakukan dengan senghaja untuk mendapatkan kenikmatan (syahwat). Jika tidak sengaja maka tidak batal wudhuk. Mazhab Maliki mensyaratkan adanya rasa nikmat. Jika rasa ini telah tiada maka persentuhan tidak membatalkan wudhuk. Menurut mereka lagi, menyentuh perempuan tua yang sudah tiada bernafsu dan anak kecil tidak membatalkan wudhuk.
Secara ringkasnya:
Mazhab Hanafi:
Sentuhan lelaki dan wanita tidak membatalkan wudhuk melainkan apabila dilakukan dengan cara yang keji( mubasyarah fahisyah).
Mazhab Maliki:
Sentuhan lelaki dan wanita tidak membatalkan wudhuk. Wudhuk akan menjadi batal hanya jika:
1. Lelaki yang menyentuh itu baligh.
2. Menyentuh dengan maksud kenikmatan atau merasai nikmat tanpa sengaja.
3.Kulit yang disentuh tidak bertutup.
4.Orang yang disentuh mudah terangsang nafsunya.
Mazhab Syafi'i:
Sentuhan itu membatalkan wudhuk secara mutlak. Kekecualian hanya pada rambut, gigi, dan kuku. Menyentuh mayat wanita membatalkan wudhuk kecuali muhrim.
Mazhab Hambali:
Sentuhan itu tidak membatalkan wudhuk. Ia akan menjadi batal apabila sentuhan itu dengan syahwat dan tanpa lapik. Tidak ada bezanya ajnabi atau muhrim, hidup atau mayat, muda atau tua , besar atau kecil tetapi sudah mengenal berahi. Hukum ini berlaku sama ada kepada lelaki atau perempuan kecuali tersentuh rambut, gigi atau kuku maka tidak batal.
Sekian. Wallhu Ta'ala a'lamu bi sawab.
Ibnu Ja'far 2010M/1431H
Sumber:
1.Fiqh al-Mar-ah
2.As- salatu alal mazahibil ar ba'ah, Abdul Qadir ar-Rahbawi , Darus Salam, Cairo, Beirut-Haib.